Monday 24 April 2017

Project Tanam Lada Yg Mudah dan Hasil yg Baik ..Dalam Masa 4 Minggu Dah Dapat Hasil..

CARA MUDAH TANAM CILI DI RUMAH
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

KEPERLUAN


Cili padi suka pada cahaya matahari yang banyak malah pokok ini sesuai tumbuh pada cuaca di negara kita. Banyak variati cili padi yang tumbuh secara semula jadi di kawasan semak atau hutan kecil yang disebabkan penyebaran biji oleh burung melalui tahinya. Di mana-mana pun kita boleh melihat pokok dan buah cili padi kerana permintaannya sangat tinggi di pasaran. Pada tahun lepas di tempat tanomkinotuan cili padi boleh mencecah harga RM35.00 ringgit sekilogram hinggakan harga cili padi dalam lingkungan RM2.00 boleh dibilang dengan jari.

Pokok cili padi sangat mudah tumbuh pada tanah yang kaya dengan humus. Tanah lembab dan tidak kering serta baja. Cili padi tidak memerlukan baja yang banyak. Ambil benih cili padi yang dibeli dari kedai dan keringkan, semai cili padi terus pada tanah atau semai pada pasu terlebih dahulu. Jika anda semai dalam pasu, anak benih pokok cili boleh dipindahkan setelah usianya mencecah 2 minggu atau 3 minggu. Selepas ditanam jangan lupa siram dan elok diteduhkan dengan teduhan net hitam atau apa-apa jenis teduhan yang bersesuaian. 
Pokok Cili Berumur Seminggu
Cara Mudah..Menguna Pump Auto dan Baja Berada dalam Air Tanah Sentiasa Lembap..
Mudah Di Jaga

Pipe Air Yg Salur Ke Tanah


Kawasan Yg Kecil Boleh Muatkan 100 Pokok Cili

Ini Bunga Cili YG Pertama Ketika Umur Dua Minggu

Dalam Masa Dua Minggu



Pokok Cili Telah KEluarkan Hasil Dalam Masa 4 Minggu





Kebanyakan Pokok Telah Keluarkan Hasih Dalam Masa 4 Minggu..







Ada Pokok Yg Lambat Keluarkan Hasil Dalam Masa 4 Minggu Kerana Cahaya Matahari Yg Kurang (Terlindung dari Cahaya Matahari)

No comments:

Kalmar Reach Stacker Model DRT450 Accident

KG Batu Malim, #raub #pahang #malaysia