AZAN TERAKHIR SAHABAT BILAL B. RABAH R.A.
Semua pasti tahu, bahwa pada masa Nabi Muhammad SAW, ketika setiap masuk waktu solat, maka yang mengkumandangkan azan adalah Bilal bin Rabah. Bilal dilantik sebagai Mu'adzin kerana memiliki suara yang indah. Lelaki berkulit hitam yang berasal dari Afrika itu mempunyai suara emas.. Posisinya semasa zaman Nabi Muhammad SAW tidak dapat digantikan oleh siapapun, kecuali ketika perang saja, atau ketika keluar kota bersama Nabi Muhammad SAW. Ini adalah kerana beliau tak pernah berpisah dengan Nabi, walau kemanapun Nabi pergi.
Sehinggalah ketika Nabi Muhammad SAW kembali menemui Allah SWT pada awal 11 Hijrah. Semenjak itulah Bilal menyatakan yang beliau tidak akan mengumandangkan azan lagi. Ketika mana Khalifah Abu Bakar RA. memintanya untuk jadi Mu’adzin kembali, dengan hati yang pilu dan sendu
Bilal berkata: “Biarkan aku jadi muadzin Nabi saja. Nabi telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa-siapa lagi.”
Abu Bakar terus mendesaknya, dan Bilal pun bertanya: “Dahulu, ketika engkau membebaskanku dari siksaan Umayyah bin Khalaf. Apakah engkau membebaskanmu karena dirimu apa karena Allah?.” Abu Bakar Ra. hanya terdiam. “Jika engkau membebaskanku karena dirimu, maka aku bersedia jadi muadzinmu. Tetapi jika engkau dulu membebaskanku karena Allah, maka biarkan aku dengan keputusanku.”
Dan Abu Bakar RA. pun tak bisa lagi mendesak Bilal RA. untuk kembali mengumandangkan azan.
Kerana terlalu sedih sebab kewafatan Nabi Muhammad SAW, hati Bilal RA terus berada dalam kesedihan dan kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Kota Madinah, Bilal RA mengikut pasukan Fath Islamy menuju ke Kota Syam, dan kemudian tinggal di Homs, Syria.
Setelah sekian lama Bilal RA. tidak mengunjungi Kota Madinah, maka pada suatu malam, beliau bermimpi yang Nabi Muhammad SAW hadir dalam mimpinya dan menegurnya:
“Ya Bilal, wa maa hadzal jafa’? Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku? Kenapa sampai begini?.”
Bilal pun terbangun dan terperanjat dengan mimpi tersebut, lalu beliau segera mempersiapkan diri untuk perjalanan ke Kota Madinah, untuk menziarahi Nabi Muhammad SAW. kerana sudah sekian tahun beliau meninggalkan Nabi.
Setibanya di Kota Madinah, Bilal rasa sungguh sebak dan terharu kerana terlalu rindukan Nabi Muhammad SAW. sepertimana rindunya seorang kekasih kepada sang kekasihnya.
Kemudian datang dua orang pemuda yang telah beranjak dewasa, mendekatinya. Keduanya adalah cucunda Nabi Mohammad SAW, iaitu Hasan dan Husein. Merah bengkak matanya sambil menangis, maka Bilal yang semakin beranjak tua memeluk kedua cucu Nabi Muhammad SAW itu. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Bilal RA.:
“Pakcik, maukah pakcik mengumandangkan azan buat kami sekali sahaja? Kami ingin mengenang atuk kami.”
Ketika itu, Umar Al Khattab yang telah jadi Khalifah juga sedang melihat pertemuan dan perbualan yang mengharukan itu, dan beliau juga memohon pada Bilal untuk mengumandangkan azan, walaupun sekali saja.
Bilal pun memenuhi permintaan itu memandang ia adalah permintaan cucu-cucu Nabi Muhammad SAW. Apabila tiba waktu solat, lalu Bilal pun naik ke tempat dahulu yang dia biasa berdiri untuk azan pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Lalu Bilal pun mulailah mengumandangkan azan.
Pada saat Bilal melafazkan
“Allahu Akbar” maka tiba-tiba seluruh Kota Madinah menjadi senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, kerana terdengar suara yang telah bertahun-tahun hilang, suara yang mengingatkan pada susuk nan agung, suara yang begitu dirindukan, dan ia telah kembali.
Ketika Bilal meneriakkan kata “Asyhadu an laa ilaha illallah”, seluruh isi Kota Madinah berlari-lari ke arah suara itu sambil berteriak, bahkan para gadis dalam pingitan pun turut keluar.
Dan pada saat Bilal mengumandangkan“Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka seluruh Kota Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Nabi SAW. Umar Al Khattab yang paling keras tangisannya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup meneruskan azannya lagi. Lidahnya tersekat oleh air mata yang berderai. Hari itu, Kota Madinah kembali mengenang masa dan saat Nabi Muhammad SAW masih ada
Tak ada pribadi agung yang begitu dicintai seperti Nabi Muhammad SAW dan azan itu, azan yang tak bisa dirampungkan itu, adalah azan pertama sekaligus azan yang terakhir oleh Bilal RA. semenjak dari tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dia tidak pernah bersedia lagi untuk mengumandangkan azan. Sebab kesedihan yang teramat sangat yang merobek-robek hatinya kerana terkenang seseorang yang kerananya dirinya telah terangkat darjat yang begitu tinggi
Semoga kita pun dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah RA. Amin
Bilal r.a. dan Penderitaannya
Bilal r.a. adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.
Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan di dalam hati pemiliknya. Dia pun diazab tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh Islam yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya di atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar di atas dadanya sehingga dia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal: "Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."
Bilal menjawab dengan berkata: "Ahad"-(Tuhan Yang Esa)- "Ahad"-(Tuhan Yang Esa)..."
Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan di atas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir.
Akhirnya Abu Bakar r.a. telah menebuskannya. Sejak itu, hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammads.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"
Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan. Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w.
Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.
No comments:
Post a Comment