Sunday 17 November 2019

Tanjung Api, Kuantan, Pahang 2019

Kampung Tanjung Api merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuantan, dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Tanjung Api telah menerima namanya daripada sebuah rumah api yang pernah didirikan di tanjungnya. Rumah api itu terkenal kerana telah membantu banyak kapal nelayan melabuh di muara. Sekarang, rumah api itu tidak lagi wujud dan telah dirobohkan kerana nelayan tidak lagi menggunakannya.










Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang 2019

Pantai Teluk Cempedak Tempat Menarik di Kuantan Pahang

Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Kuantan. PTC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat menarik di Kuantan Pahang.

Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik.
Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.
Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang. Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan pantai, flora dan fauna. Admin pasti anda akan terpukau dengan keindahan alam disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

Dapatkan Info Menarik di Pantai Teluk Cempedak

Apa Menarik di Pantai Teluk Cempedak

  • Kawasan pantai yang sangat cantik
  • Terdapat banyak tempat makan menarik
  • Pada waktu malam sangat meriah dengan gerai-gerai menjual pelbagai barang
  • Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini

Aktiviti Menarik

  • Mandi di pantai
  • Banana Boat
  • Jet Ski
  • Bermain layang-layang
  • Berkelah
  • Jungle Trekking
  • Membeli belah produk tempatan
  • Menjamu selera

Makanan Yang Terdapat Di sini

  • Medan Selera Teluk Cempedak – menghadap pantai
  • Restoran makanan segera – KFC, MCD
  • Beberapa Restoran Melayu, ala thai dan macam-macam lagi

Kemudahan

  • Tandas
  • Surau
  • Bilik Mandi

Penginapan Berhampiran

  • Hotel Hyatt Regency
  • Kuantan Tembeling Resort
  • Terdapat banyak hotel budget berhampiran pantai ini

















Saturday 16 November 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan 2019

Hari terbuka TUDM: pesawat terbang rendah sekitar Kuantan


Tarikh kemaskini: 12/11/2019



KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar ruang udara Kuantan, Pahang selama lima hari bermula hari ini.
Markas TUDM dalam kenyataan berkata kesemua pesawat itu akan melaksanakan sesi latihan pertunjukkan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang akan diadakan pada 16 Nov (Sabtu) ini di Pangkalan Udara Kuantan.
“Latihan ini dijadualkan akan dilaksanakan seawal hari ini (12 Nov) sehingga ke hari pertunjukkan udara (16 Nov) melibatkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat terbang rendah dan mendengar bunyi letupan di sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan itu.
TUDM juga mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke pertunjukkan udara itu yang bermula seawal 8 pagi.
-- BERNAMA








































Kalmar Reach Stacker Model DRT450 Accident

KG Batu Malim, #raub #pahang #malaysia