Sunday 17 November 2019

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang 2019

Pantai Teluk Cempedak Tempat Menarik di Kuantan Pahang

Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Kuantan. PTC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat menarik di Kuantan Pahang.

Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik.
Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.
Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang. Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan pantai, flora dan fauna. Admin pasti anda akan terpukau dengan keindahan alam disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

Dapatkan Info Menarik di Pantai Teluk Cempedak

Apa Menarik di Pantai Teluk Cempedak

  • Kawasan pantai yang sangat cantik
  • Terdapat banyak tempat makan menarik
  • Pada waktu malam sangat meriah dengan gerai-gerai menjual pelbagai barang
  • Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini

Aktiviti Menarik

  • Mandi di pantai
  • Banana Boat
  • Jet Ski
  • Bermain layang-layang
  • Berkelah
  • Jungle Trekking
  • Membeli belah produk tempatan
  • Menjamu selera

Makanan Yang Terdapat Di sini

  • Medan Selera Teluk Cempedak – menghadap pantai
  • Restoran makanan segera – KFC, MCD
  • Beberapa Restoran Melayu, ala thai dan macam-macam lagi

Kemudahan

  • Tandas
  • Surau
  • Bilik Mandi

Penginapan Berhampiran

  • Hotel Hyatt Regency
  • Kuantan Tembeling Resort
  • Terdapat banyak hotel budget berhampiran pantai ini

















No comments:

Kalmar Reach Stacker Model DRT450 Accident

KG Batu Malim, #raub #pahang #malaysia