Saturday 16 November 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan 2019

Hari terbuka TUDM: pesawat terbang rendah sekitar Kuantan


Tarikh kemaskini: 12/11/2019



KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar ruang udara Kuantan, Pahang selama lima hari bermula hari ini.
Markas TUDM dalam kenyataan berkata kesemua pesawat itu akan melaksanakan sesi latihan pertunjukkan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang akan diadakan pada 16 Nov (Sabtu) ini di Pangkalan Udara Kuantan.
“Latihan ini dijadualkan akan dilaksanakan seawal hari ini (12 Nov) sehingga ke hari pertunjukkan udara (16 Nov) melibatkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat terbang rendah dan mendengar bunyi letupan di sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan itu.
TUDM juga mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke pertunjukkan udara itu yang bermula seawal 8 pagi.
-- BERNAMA








































No comments:

Kalmar Reach Stacker Model DRT450 Accident

KG Batu Malim, #raub #pahang #malaysia